ITP Technical and Vocational Education and Training (TVET) Programmes Descriptions

Deskripsi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional ITP (TVET)

Kemaskini terakhir pada 24 Mar 2020

ITP Technical and Vocational Education and Training (TVET) Programmes Descriptions

Deskripsi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional ITP (TVET)

Kemaskini terakhir pada 24 Mar 2020

No









Malaysian Skills Certificate

Sijil Kemahiran Malaysia







Min Entry Requirements
Able to read, write and speak in Malay or English, and having basic knowledge in arithmetic

Syarat Kelayakan Masuk Minimum
Boleh membaca, menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, dan mempunyai kemahiran asas dalam aritmetik

Programme Duration


Tempoh Program




Fees


Yuran


(RM)



1








Architectural Draughting
Level 3
(BC-050-3:2013)

Lukisan Pelan Senibina
Tahap 3
(BC-050-3:2013)



School leaver 15-45 years old
Level 3: Having full interest in architectural draughting, physically and mentally fit and not colour blind.

Lepasan sekolah 15-45 tahun
Tahap 3: Mempunyai minat dalam lukisan pelan senibina, memiliki ketahanan fizikal dan mental dan tidak buta warna.
24 months





24 bulan



10,000









2






Computer System Operation
Level 3 (IT-020-3:2013)


Operasi Sistem Komputer
Tahap 3
(IT-020-3:2013)

PT3/ SPM/ SPMV/ equivalent or the candidate must at least completed lower secondary school and not colour blind

PT3/ SPM/ SPMV/ setara atau calon mesti sekurang-kurangnya tamat sekolah menengah rendah dan tidak buta warna.
12 months


12 bulan




6,000






3













Industrial Automation Engineering Services
Level 2 (MC-091-2:2016)

Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri
Tahap 2 (MC-091-2:2016)


Industrial Automation Engineering Systems Assembly
Level 3 (MC-091-3:2016)

Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri
Tahap 3 (MC-091-3:2016)
Level 2: School leaver 15-45 years old

Tahap 2: Lepasan sekolah 15-45 tahun






Level 3: Completed Level 2 (MC-091-2:2016)

Tahap 3: Tamat Tahap 2 (MC-091-2:2016)


6 months

6 bulan


&


12 months

12 bulan



5,500


&


8,500




4






Food and Beverage Service Operation
Level 2 (HT-010-2:2012) &
Level 3 (HT-010-3:2012)

Operasi Servis Makanan dan Minuman
Tahap 2 (HT-010-2:2012)
Tahap 3 (HT-010-3:2012)
Level 2: School leaver 15-45 years old

Tahap 2: Lepasan sekolah 15-45 tahun


Level 3: Completed Level 2
(HT-010-2:2012)

Tahap 3: Tamat Tahap 2 (HT-010-2:2012)
6 months &
12 months



6 bulan &
12 bulan


6,500

&

7,000


5




Food Preparation and Production Level 2 (HT-012-2:2012) & Level 3 (HT-012-3:2012)


Penyediaan & Pembuatan Makanan
Tahap 2 (HT-012-2:2012)
Tahap 3 (HT-012-3:2012)
Level 2: School leaver 15-45 years old

Tahap 2: Lepasan sekolah 15-45 tahun


Level 3: Completed Level 2 (HT-012-2:2012)

Tahap 3: Tamat Tahap 2 (HT-012-2:2012)
9 months &
12 months




9 bulan &
12 bulan
9,700

&


8,000

6

Pastry Production
Level 2 (HT-014-2:2011)

Pembuatan Pastri
Tahap 2 (HT-014-2:2011)
Level 2: Hold Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Tahap 2: Mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
6 months

6 bulan

5,950


Malaysian Skills Diploma
Diploma Kemahiran Malaysia

7













Computer System Administration
Level 4 (IT-020-4:2013)



Pentadbiran Sistem Komputer
Tahap 4 (IT-020-4:2013)








Level 4: Completed IT-020-3:2013 Computer System Operation Level 3 certificate, or
Computer Network Services Level 3 certificate with additional two (2) competency units, which are Computer Set-up and Computer System Maintenance, or IT-080-3 Information Systems Administrative Supervisor, or IT-020-3 Computer System Technician, or IT-030-3 Computer Network Technician and not colour blind


Tahap 4: Tamat Operasi Sistem Komputer Tahap 3 IT-020-3:2013, atau yang setara dan tidak buta warna
15 months
including a
3-month
Industrial
Training





15 bulan termasuk
3 bulan
latihan industri



9,000













PROGRAMME DESCRIPTION   DESKRIPSI PROGRAM

1.  MALAYSIAN SKILLS CERTIFICATE IN ARCHITECTURAL DRAUGHTING
     SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DALAM LUKISAN PELAN SENIBINA

•   Architectural Draughting – Level 3 (BC-050-3:2013)
    Lukisan Pelan Senibina – Tahap 3 (BC-05-3:2013)

 

Overview   Sinopsis Program

This programme is devised to equip students with the technical drawing skills that enable them to produce detailed drawings with Computer-aided design software and drafting application (AutoCAD) that complies with the Local Building By-Law and guidelines. The Board of Architects Malaysia (Lembaga Arkitek Malaysia, LAM) is the statutory authority responsible for the enforcement of the Architects Act 1967. The programme also provides students with the opportunity to acquire business skills and leadership ability.

Program ini direkabentuk untuk melatih pelajar dengan kemahiran dan teknik lukisan yang membolehkan mereka menggunakan perisian reka bentuk komputer dan aplikasi lukisan (AutoCAD) untuk menghasilkan lukisan pelan senibina secara terperinci yang mematuhi peraturan dan garis panduan bangunan tempatan. Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) adalah badan berkanun yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan Akta Arkitek 1967. Program ini juga menyediakan pelajar untuk memperoleh kemahiran perniagaan dan keupayaan kepimpinan.

 

Career Opportunities   Peluang Kerjaya

Graduates of this programme have the opportunities to be employed in the architectural firms, manufacturing industries, oil & gas industries, interior design companies, training companies and other related engineering support industries.

Our alumni are employed with the job titles such as Draughtman, Landscape Designer, CAD Draughter, CAD Designer, Building Model Developer, Building Model Designer, Architect Assistant and etc.

Graduan program ini mempunyai peluang pekerjaan dalam syarikat pembinaan, industri perkilangan, industri minyak & gas, syarikat rekabentuk dalaman, syarikat latihan dan industri kejuruteraan yang berkaitan.

Alumni kami bekerja sebagai Pelukis Pelan, Pereka Landskap, Pelukis & Pereka CAD, Pemaju Model Bangunan, Pereka Model Bangunan, Penolong Arkitek dan lain-lain.

PROGRAMME DESCRIPTION   DESKRIPSI PROGRAM

2.  MALAYSIAN SKILLS CERTIFICATE IN COMPUTER SYSTEM OPERATION
     SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DALAM OPERASI SISTEM KOMPUTER

•   Computer System Operation – Level 3 (IT-020-3:2013)
    Operasi Sistem Komputer – Tahap 3 (IT-020-3:2013)

 

Overview   Sinopsis Program

Students will be guided, trained and equipped to have sound knowledge in the fundamentals of computer technology and the ability to apply the knowledge practically (hands-on). The syllabus emphasize on microprocessor systems, computer maintenance and repair, server & networking, programming, computer system architecture, mobile device configuration and other related modules.

Pelajar akan dibimbing dan dilatih untuk memperoleh pengetahuan yang kukuh dalam bidang teknologi komputer dan keupayaan untuk menggunakan pengetahuan secara praktikal. Silibus program memberi tumpuan pada sistem mikropemprosesan, penyelenggaraan komputer, pelayan & rangkaian, pengaturcaraan program komputer, senibina sistem komputer, konfigurasi peranti mudah alih dan modul lain yang berkaitan.

 

Career Opportunities   Peluang Kerjaya

Computer system personnel are employed by a wide range of organizations including government departments and agencies, institutions of higher learning, private corporations, banks, private companies that supply computers, database and network services to clients, telecommunication companies and many other private organizations. Some of the individuals are self-employed, working independently as contractors or consultants.

The job titles are ranging from Network Administrator, Computer Technician, Sales Technician, Service Technician and etc.

Graduan sistem komputer boleh bekerja dalam pelbagai organisasi termasuk jabatan dan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, syarikat swasta, bank, syarikat yang membekalkan komputer, pangkalan data dan perkhidmatan rangkaian kepada pelanggan, syarikat telekomunikasi dan organisasi-organisasi yang lain. Sesetengah individu memilih untuk bekerja sendiri sebagai kontraktor atau perunding sistem komputer.

Antara pekerjaannya adalah sebagai Pentadbir Rangkaian, Juruteknik Komputer, Juruteknik Jualan, Juruteknik Perkhidmatan dan lain-lain.

PROGRAMME DESCRIPTION   DESKRIPSI PROGRAM

3.  MALAYSIAN SKILLS CERTIFICATE IN INDUSTRIAL AUTOMATION
     SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DALAM AUTOMASI INDUSTRI

•   Industrial Automation Engineering Services – Level 2 (MC-091-2:2016)
    Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri – Tahap 2 (MC-091-2:2016)
•   Industrial Automation Engineering Systems Assembly – Level 3 (MC-091-3:2016)
    Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri – Tahap 3 (MC-091-3:2016)

 

Overview   Sinopsis Program

Industrial Automation is a programme that aimed to produce knowledgeable and skilled personnel with a positive attitude and able to work in various engineering industries and related fields. The establishment of Industrial Automation system will enable manufactures to stabilize the productions, maintaining the production standard, increase productivity and also able to minimize dependence of volatile human labours.

Program Automasi Industri bertujuan untuk menghasilkan individu yang berpengetahuan dan berkemahiran dengan sikap yang positif untuk bekerja dalam pelbagai industri kejuruteraan dan bidang lain yang berkaitan. Sistem Automasi Industri akan memastikan pengeluaran yang stabil, mengekalkan standard pengeluaran, meningkatkan produktiviti dan juga dapat mengurangkan pergantungan mereka terhadap tenaga kerja manusia.

 

Career Opportunities   Peluang Kerjaya

Industrial Automation Engineering Services (Level 2): Computer-aided design (CAD) Draughter, Automation Maintenance, Machine Operator, Technician (Manufacturing, Maintenance, Mechanical, Production, Process & etc.)

Industrial Automation Engineering Systems Assembly (Level 3): Programmable Logic Controller (PLC) Programmer, Line Leader, Quality Control Technician, Senior Technician or Supervisor (Manufacturing, Maintenance, Mechanical, Production, Automation & etc.)

Graduates are also able to apply for jobs in various engineering sectors, manufacturing, agriculture, medical, construction and etc.

Perkhidmatan Kejuruteraan Automasi Industri (Tahap 2): Drafter Rekabentuk Bantuan Komputer (CAD), Penyelenggaraan Automasi, Operator Mesin, Juruteknik (Pembuatan, Penyelenggaraan, Mekanikal, Pengeluaran, Proses & sebagainya)

Pemasangan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri (Tahap 3): Pengaturcara Programmer Logic Controller (PLC), Juruteknik Kawalan Kualiti, Juruteknik Kanan atau Penyelia (Pembuatan, Penyelenggaraan, Mekanikal, Pengeluaran, Automasi & sebagainya)

Graduan juga boleh memohon pekerjaan dalam pelbagai bidang kejuruteraan, pembuatan, pertanian, perubatan, pembinaan dan sebagainya.

PROGRAMME DESCRIPTION   DESKRIPSI PROGRAM

4.  MALAYSIAN SKILLS CERTIFICATE IN FOOD & BEVERAGE (F & B) SERVICE OPERATION
     SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DALAM OPERASI SERVIS MAKANAN & MINUMAN

•   Food & Beverage Service Operation – Level 2 (HT-010-2:2012)
    Operasi Servis Makanan & Minuman – Tahap 2 (HT-010-2:2012)
•   Food & Beverage Service Operation – Level 3 (HT-010-3:2012)
    Operasi Servis Makanan & Minuman – Tahap 3 (HT-010-3:2012)

 

Overview   Sinopsis Program

LEVEL 2: A Food and Beverage Captain is designated to supervise a team of service staff comprising of waiters/ waitresses in providing food and beverages to guests in accordance with prescribe standards.

LEVEL 3: A Food and Beverage Supervisor is designated to monitor and manage teams of service staff comprising of waiters/ waitresses in providing food and beverages to guests in accordance with prescribe standards.

TAHAP 2: Kapten F&B ditugaskan untuk menyelia kakitangan perkhidmatan dalam menyediakan makanan dan minuman kepada tetamu mengikut piawaian yang ditetapkan.

TAHAP 3: Penyelia F&B ditugaskan untuk memantau dan mengurus kakitangan perkhidmatan dalam menyediakan makanan dan minuman kepada tetamu mengikut piawaian yang ditetapkan.

 

Career Opportunities   Peluang Kerjaya

Food & Beverage Service Operation (Level 2): F & B Service staff, F & B Captain

Food & Beverage Service Operation (Level 3): F & B Supervisor

Operasi Servis Makanan & Minuman (Tahap 2): Staf Perkhidmatan F&B, Kapten F&B

Operasi Servis Makanan & Minuman (Tahap 3): Penyelia F&B

PROGRAMME DESCRIPTION   DESKRIPSI PROGRAM

5.  MALAYSIAN SKILLS CERTIFICATE IN FOOD PREPARATION & PRODUCTION
     SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DALAM PENYEDIAAN & PEMBUATAN MAKANAN

•   Food Preparation & Production – Level 2 (HT-012-2:2012)
    Penyediaan & Pembuatan Makanan – Tahap 2 (HT-012-2:2012)
•   Food Preparation & Production – Level 3 (HT-012-3:2012)
    Penyediaan & Pembuatan Makanan – Tahap 2 (HT-012-3:2012)

 

Overview   Sinopsis Program

Food Preparation & Production Level 2 is designed to prepare the candidates to work and assist the Section Head of a kitchen in a hotel/ restaurant or other commercial food production units. Meanwhile, Food Preparation & Production Level 3 is to prepare the candidates to work as a Section Head.

Program Penyediaan & Pembuatan Makanan Tahap 2 direka untuk melatih calon pekerja menjadi pembantu Ketua Bahagian di dapur sebuah hotel/ restoran atau unit pengeluaran makanan komersil yang lain. Sementara itu, Program Penyediaan & Pembuatan Makanan Tahap 3 pula direka untuk melatih calon pekerja sebagai Ketua Bahagian Dapur.

 

Career Opportunities   Peluang Kerjaya

Food Preparation and Production (Level 2): Commis I, Demi Chef

Food Preparation and Production (Level 3): Commis I, II, III, Demi Chef, Chef de Partie

Penyediaan & Pembuatan Makanan (Tahap 2): Commis I, Demi Chef

Penyediaan & Pembuatan Makanan (Tahap 3): Commis I, II, III, Demi Chef, Chef de Partie

PROGRAMME DESCRIPTION   DESKRIPSI PROGRAM

6.  MALAYSIAN SKILLS CERTIFICATE IN PASTRY PRODUCTION
     SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA DALAM PENYEDIAAN & PEMBUATAN PASTRI

•   Pastry Production – Level 2 (HT-014-2:2011)
    Pembuatan Pastri – Tahap 2 (HT-014-2:2011)

 

Overview   Sinopsis Program

There is a high demand for skilled pastry personnel and the global and local pastries market are expected to grow further. On top of the well-designed syllabus, we aim to train our pastry students to be highly self-disciplined, creative and to inculcate strong customer service-oriented and entrepreneurship skills.

Permintaan yang tinggi untuk pembuat pastri mahir di pasaran global dan tempatan dijangka akan terus meningkat. Sebagai tambahan kepada silibus program yang terperinci, kami juga berhasrat untuk melatih pelajar-pelajar pastri kami untuk menjadi individu yang berdisiplin, kreatif dan menerapkan kemahiran berteraskan khidmat pelanggan dan keusahawanan.

 

Career Opportunities   Peluang Kerjaya

Pastry graduates have excellent prospects in both the private and the public sectors. This is due to shortage of hands-on pastry experts and lack of professional and well experienced pastry production staff.

Graduan program ini mempunyai prospek yang sangat baik sama ada di sektor swasta mahupun sektor awam. Ini disebabkan oleh kekurangan pakar pembuat pastri dan staf yang profesional dan berpengalaman.

PROGRAMME DESCRIPTION   DESKRIPSI PROGRAM

7.  MALAYSIAN SKILLS DIPLOMA IN COMPUTER SYSTEM ADMINISTRATION
     DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA DALAM PENTADBIRAN SISTEM KOMPUTER

•   Computer System Administration – Level 4 (IT-020-4:2013)
    Pentadbiran Sistem Komputer – Tahap 4 (IT-020-4:2013)

 

Overview   Sinopsis Program
The computer system administration programme trains future job personnel which are commonly known as IT Executive by most of the organizations. IT Executive is the middle management level who supervises and assigns job order to Computer Technician. As part of a technical team, the IT Executive operates and maintains laptop and desktop computers with special focus on customer and their business needs.

They need to perform various system administration activities such as operating system administration, evaluating, testing and installation of applications, performing or assisting with routine system maintenance and producing & maintaining current system configurations to maintain efficient day-to-day operation. In addition, the IT Executive creates and maintains records and inventories.

Program Pentadbiran Sistem Komputer direka untuk melatih pelajar menjadi kakitangan IT yang dikenali sebagai Eksekutif IT oleh kebanyakan organisasi. Eksekutif IT bertanggungjawab menyelia dan memberi tugasan kepada Juruteknik Komputer. Sebagai sebahagian daripada pasukan teknikal, Eksekutif IT juga mengendalikan dan menyelenggara komputer pelanggan/ kakitangan lain mengikut keperluan perniagaan mereka.

Selain itu, Eksekutif IT perlu melakukan pelbagai aktiviti di dalam sistem pentadbiran seperti sistem pentadbiran operasi, penilaian, ujian dan pemasangan aplikasi, serta melaksanakan atau membantu penyelenggaraan sistem rutin dan menghasilkan & mengekalkan konfigurasi sistem semasa untuk mengekalkan operasi harian yang efisien. Di samping itu, Eksekutif IT juga bertanggungjawab untuk menyediakan and menyimpan fail rekod penyelenggaraan dan data inventori.

 

Career Opportunities   Peluang Kerjaya

Analyst Programmer, App Developer, IT Executive (Data Centre or private companies), Computer Network Executive (network & telecommunications), Computer System Analyst, Help Desk Executive, System Administrator, Server Administrator, Website Administrator and etc.

Pengaturcara Penganalisis, Pemaju Aplikasi, Eksekutif IT (Pusat Data atau syarikat swasta), Eksekutif Rangkaian Komputer (rangkaian dan telekomunikasi), Penganalisis Sistem Komputer, Eksekutif Help Desk, Pentadbir Sistem, Pentadbir Pelayan, Pentadbir Laman Web dan sebagainya.